Puas. Perempuan sememangnya tak pernah puas, oleh kerana itulah selalunya perempuan yang akan mencari sesuatu yang lebih daripada sepatutnya semata-mata untuk kepuasan diri. Boleh dikatakan apa saja masalah dalam hidup, perempuan selalunya mau lebih.
Anda mungkin biasa mendengar, perempuan punyai 1 akal dan 9 nafsu. Nafsu ini melebihi akalnya, lalu menjadikan mereka sering terdorong dengan keinginan dan kehendak.
Aku bukan berkata soal seks, kerana mungkin sesetengah dari anda yang baca blog aku ini fikir aku akan ketengahkan soal seks.
Tapi sebenarnya, nafsu perempuan lebih daripada itu. Lihat saja cara perempuan berpakaian. Ada kalung, ada gelang, ada ikat pinggang, sepatu, itu dan ini... banyak benda yang memungkinkan mereka akan terdorong untuk keinginan dan kehendak yang melebihi daripada seorang lelaki.
Hingga pada celana dalam dan baju dalam pun perlu memenuhi kehendak kepuasan mereka.
Kalau mau cantik, mereka mau cantik sampai ke dalam kubur.
Andai mau bergaya, mau bergaya sampai ketika bersholat pun mau pakai telekung renda berbunga.
Apabila menutup aurat dengan memakai kerudung, fesyen kerudung mesti yang terkini.
Mungkin kerana inilah, mereka ini sering dilabel sebagai golongan makhluk yang kurang bersyukur, yakni kufur dengan apa yang mereka telah ada.
Lalu, kerana sebab inilah, mereka bakal menghuni banyak isi tingkatan neraka.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.
" Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum puas hati dan cukup." (H.R Bukhari)
Wahai perempuan, belajarlah cara untuk berpuas hati dan mengenal diri dengan rasa syukur. Mau cantik boleh, mau kaya boleh, mau jadi hebat pun boleh, tapi jangan sampai berlebihan, jangan sampai anda kufur dengan segala nikmat dan kelebihan yang diberikan oleh Tuhan kepada kita ,
Syukurikah apa yang kita dapat dan apa yang kita punya,
Karena bilamana kita mau beryukur dan mensyukuri,maka kita akan merasakan nikmat yang sesunguhnya.